Insaf EKSPRES

Pernahkah anda pergi ke suatu majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah perdana, kem mantapan diri dan lain-lain lagi di mana anda merasakan diri anda benar-benar di’brainwash’ sehingga anda menitis air mata menandakan penyesalan melalui jalan hidup penuh kemaksiatan? Tamat sahaja kem tersebut, anda berasa sangat insaf dan berkeinginan untuk memulakan hidup yang baru. Tetapi tidak sampai sebulan kemudian, anda kembali bergelumang dengan maksiat. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Atau…

Anda sedang dilanda pelbagai masalah. Sudahlah pelajaran merosot, anda pula dibuang kekasih yang disayangi. Anda berusaha menyelamatkan hubungan tersebut, tetapi menghadapi kegagalan yang teruk. Anda benar-benar tertekan, tidak punya penyelesaian. Tiba-tiba anda terdetik membuka laman web iluvislam.com, terbaca satu artikel menginsafkan menyedari betapa silapnya hubungan cinta sebelum nikah. Sejurus selepas itu, anda terus insaf dan mula mendekati cinta Allah dan RasulNya. Namun, cinta hakiki tersebut tak bertahan lama, anda akhirnya akur menerima kehadiran sekali lagi cinta yang tiada kepastian. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini pula?

---------------------------------------------------------------

Apakah persamaan antara kedua-dua situasi di atas? Ya, walaupun tampak melalui jalan yang berbeza, tetapi kedua-dua situasi melalui tempoh penginsafan, namun amat malang sekali ianya tidak bertahan lama, yang kita panggil di sini; INSAF EKSPRESS. Apakah yang menyebabkan kita melalui insaf sekejap ini? Cubalah kita muhasabah sebentar. Di sini kita cuba senaraikan segala sebab musabab yang menyebabkan diri anda tewas, menggadaikan keinsafan diri.

Tarikan rakan?
Apabila anda berubah dan berkeinginan untuk terus dengan watak yang berubah tersebut, tetapi anda kena ingat rakan-rakan anda masih lagi seseorang watak yang lama. Anda sudah ingin mula mendekati masjid tetapi dalam masa yang sama rakan-rakan baik anda menonton wayang. Apakah yang paling kuat mempengaruh anda? Rakan baik anda mengajak anda menemani dia lepak bersama-sama rakan dia yang lain walaupun hari sudah lewat malam, tambah-tambah lagi bercampuran lelaki perempuan. Sanggupkah anda melukakan hati rakan baik anda?

MUHASABAH DIRI MELALUI AZAN

             Azan dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua. Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.

Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?
Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu? Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat? Mungkinkah hanya membiarkan seruan azan itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukannya? 
Bagaimana pula dengan azan melalui corong radio mahupun televisyen, berapa ramai yang terus menghayati dan berapa kerat pula yang terus menukar siaran sebaik sahaja azan ke udara? 
Mari kita berkongsi sedikit waktu untuk menyelidiki apa yang tersirat di sebalik makna panggilan azan itu melalui makna dalam bahasa.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
 ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar

Sebutan empat kali "ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar" ini menunjukkan betapa Agungnya ALLAH SWT, lantas menyedarkan kita betapa kebesaranNya mengatasi segala apa yang ada di langit dan di bumi. Waktu ini seharusnya fikiran kita difokuskan pada fitrah kejadian seorang manusia sebagai khalifah. Tinggalkan segala hal duniawi dan terus menunaikan kewajipan untuk sujud kepadaNya tanpa sebarang alasan.
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH

Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH" yang memberi kesaksian tentang sifat keEsaan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH. Lantas menyedarkan kita tentang syahadah kita. Sesungguhnya dengan solatlah syahadah kita terjaga. Dari solat yang khusyuklah syahadah memelihara kita. Lalu apakah alasan kita untuk mengelak dari melakukan hal yang paling utama dari segala perkara yang utama di dunia ini?

Perkara yang disunatkan pada 10 Muharram

Pembaca yang dirahmati Allah,
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:
Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharramlagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

MAAL HIJRAH: Suntikan untuk Keunggulan Umat Islam


Pada awal abad yang ketujuh Masihi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Parsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat perebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:


'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103)


Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.

Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.

"TERLANJUR" atau "MELANJUR"?


Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.
1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?

2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?

3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai?

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha daripada ahli-ahli Badar Saser kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh Malaysia amnya dan pelajar-pelajar Saser khasnya.

Video Sempena Jamuan Badar 2010

       Tayangan ini khas untuk semua sempena majlis jamuan akhir tahun dan mesyuarat agung BADAR SASER SESI 2009/2010 serta pembubaran SAF KEPIMPINAN SESI 2009/2010.

 

 

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAHkesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAHdoa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAHNabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAHNabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAHAllah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAHpintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Ibu, Dari Mana Datangnya Semua Ini?

Di sebuah rumah di pinggir kota,
Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak makanan.
Kali ini mereka cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang dan tepi depan rumah mereka.
Ada tomato, ada cili, ada halia, ada kunyit, ada serai, ada daun salad dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.
Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah dan ibunya.
Sedang ia makan, dia bertanya kepada ibunya.
"Ibu, makanan hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini dan rasa sedap ni ibu?"
Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.
Ibunya sambil rasa senang dan seronok kerana dipuji cuba mula bercerita.
"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih dan lada hitam dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos dan kicap untuk perasa. Kali ini ibu cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun kita di belakang rumah tu, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."

Jamuan Badar 2010 dan Mesyuarat Agung


Majlis Jamuan Akhir Tahun BADAR dan Muktamar Agung Badar sesi 2009/2010 diadakan dengan objektif untuk meraikan ahli-ahli BADAR tingkatan 5 atas segala curahan bakti dan khidmat yang telah diberikan sepanjang bergelar ahli BADAR bagi sesi 2009/2010. Majlis ini juga amat signifikan kerana Muktamar Agung pada majlis ini adalah muktamar yang terakhir bagi ahli BADAR tingkatan 5 sekaligus menyaksikan penyerahan tugas kepada ahli BADAR tingkatan 4 untuk meneruskan legasi perjuangan dakwah di bumi SASER sesuai dengan moto BADAR - WAHANA INTEGRASI ISLAM.

Tentatif majlis jamuan Badar
        Majlis dimulakan apabila pengerusi majlis, Hilmi Amri, mempersilakan saundara Faris Fitri untuk membacakan doa pembukaan majlis dan diteruskan dengan ucapan daripada GPK 1 En. Roslie diikuti ucapan guru penyelaras badar Ustazah Najdah yang sedikit sebanyak memberi semangat buat badar form 4 untuk menjalankan tugas mulia sebagai Badar pada tahun hadapan. Majlis diteruskan dengan ucapan terakhir dan pembubaran Badar 2009/2010 oleh YDP Badar 09/10, saudara Adib Afifi. Saudara Hariz pula dijemput untuk menyampaikan ucapan ringkas dan padat. 
Ustazah Najdah 


Encik Roslie berucap


Mak, saya sayang MAK

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...
Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...
Aku mengimbau....
"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."
"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."
"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.
Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"
Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.
Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu.
Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.
Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.
Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.
Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk

Kerana Rakan, Diri Terjebak Dengan Zina



Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.

Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.

Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.

Tips Bangun Subuh

      "Subuh! Subuh! Bangun!"... 

      Laungan di atas yang disertakan dengan pukulan atau hentakan di rak kasut ialah situasi yang selalunya dilalui oleh setiap pelajar di sekolah berasrama pada setiap pagi. Selalunya laungan ini bermula sejak pukul 5.30 pagi lagi. Namun begitu, apabila tiba waktu cuti dan pulang malam timbul pula situasi yang sangat berbeza di rumah. Pertama, mungkin ibu bapa kita akan mengejutkan kita di rumah. Kedua, mungkin kita akan bangun dengan sendiri ataupun yang menyedihkan, kita mungkin juga akan terlepas solat Subuh begitu sahaja kerana terlewat bangun sehingga terlepas waktu Subuh.


     Perkara yang menjadi persoalan di sini adalah bagaimana sesetengah orang sangat mudah untuk bangun pada waktu Subuh mankala kita masih terasa liat untuk bangun tatkala tiba waktu Subuh. Oleh itu, di sini kami sediakan beberapa tips untuk mudah bangun Subuh.

  • Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
  • Ambil wuduk sebelum tidur.
  • Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  • Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
  • Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  • Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
  • Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
  • Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Nadwah Kepimpinan Badar Tingkatan 4


     Pada 7 Oktober 2010, Badar Saser telah mengadakan satu program khas untuk Badar tingkatan 4. Program ini telah dijalankan di sekitar kawasan Sekolah Menengah Sains Seremban. Pihak sekolah kami telah meluluskan program anjuran bersama Futuwwah Enterprise iaitu sebuah organisasi NGO bermula pada pagi tersebut dan tamat setelah selesai solat Asar.

     Antara objektif kursus ini adalah untuk memantapkan ukhwah antara ahli Badar tingkatan 4 dan juga sesama ahli Badar tingkatan 5 supaya mereka dapat bergerak dalam sebuah organisasi yang besar. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi pendedahan disamping perkongsian tentang kaedah kepimpinanan bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW kepada para pemimpin pelajar.

    Program telah dimulakan pada pagi Sabtu bermula jam 8:00 a.m. Kami telah bersiap sedia sejak jam 7:30 pagi lagi. Setelah siap persiapan seperti LCD, mikrofon dan komputer riba, kami berehat sebentar sementara menunggu penceramah fasilitator-fasilitator sampai. Mereka ternyata amat menepati masa apabila mereka berjaya sampai sebelum jam 8:00 pagi dan telah disambut baik oleh pihak Badar. Majlis telah dimulakan  oleh Ustaz Kaspuddin dan diteruskan lagi dengan sesi pengenalan diri para fasilitator. Kesemua fasiltator yang menghadirkan diri ialah para lepasan IPT dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan bidang biologi.


Antara fasilitator yang hadir

Tips menghadapi peperiksaan



         Jika dihitung, SPM bakal menjelang kurang dari dua bulan lagi. Di saat pelajar tingkatan 4 masih lagi menikmati nikmat selepas PMR, pelajar tingkatan 5 pula semakin bertungkus-lumus bersengkang mata bagi memastikan harapan guru dan ibu bapa yang digalas dapat dilaksanakan. Jadi, kami Badar Saser ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan khususnya buat murid-murid yang akan menghadapi SPM pada tahun ini dan amnya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan.

   1. Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

   2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

   3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

PUASA ENAM : BOLEHKAH DISATUKAN DENGAN PUASA QADA?



MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

Bahang Syawal masih terasa walaupun hampir melabuhkan tirainya


Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari).



Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Permintaanku....


...Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, dan diberi-Nya kepada ku kaktus berduri.

...Ku minta seekor rama-rama untuk dijadikan penghibur hati, tetapi aku diberi seekor ulat berbulu.

...Aku bersedih dan kecewa... NAMUN...

...Kaktus yang berduri itu berbunga dan indah sekali bunganya.

...Ulat yang berbulu itu pula menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik.

...Itulah jalan TUHAN... indah pada masanya..

...Tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan, tetapi kita diberikan apa yang diperlukan.

...Kita bersedih, kecewa dan terluka tetapi jauh di atas sana...

...TUHAN sentiasa mengatur yang terbail dalam kehidupan kita.

...Tuhan sentiasa mengingati kita...namun adakah kita sentiasa mengingati-NYA???

Lailatul Qadr



.1


.2


.3


.4
.5

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Puasa Yang Berkesan Untuk Kesihatan



Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Pembukaan Surau Al-Mutafawwiqin


Pintu hadapan Surau Al-Mutafawwiqin

       Pada tanggal 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431 Hijrah, Surau Al-Mutafawwiqin Saser telah mula digunakan secara rasmi setelah penantian yang lama oleh warga Saser. Surau ini mula digunakan buat julung-julung kalinya dengan ibadah fardhu Maghrib seterusnya solat sunat hajat, ceramah dan bacaan Yassin.

       Ceramah telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari Jabatan Pendidikan Bahasa Arab yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Ceramah yang diberikan adalah berkaitan bulan Ramadhan yang telah bermula sejak selasa malam yang lepas bersamaan 10 Ogos 2010.

Penceramah jemputan

Ramadhan Datang Lagi!

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

I AM BEAUTIFUL AND YOU ARE TOO


I will say... "I am beautiful, you are beautiful, she is beautiful too, and they are all beautiful. We all will always look beautiful."

Then a person might ask me, "What makes you think that way? "Or the least, "Perasan...You look normal to me."

And what do you say? Isn't beauty is too subjective? Hard to identify and classify. Everyone is different."

Yeah I know...

"Beauty isn't just about the look. Beautiful person is the one with beautiful heart. The beauty is in the eyes of the beholder."

"Look! She is beautiful! She is hot!. Put on some colors on your lips. You ain't look hot without make-ups, not beautiful..."

That is it. Enough! Different people with different definitions..Different people with different opinions..

Malam Penghayatan Islam Saser 2010


LAPORAN PROGRAM MALAM PENGHAYATAN ISLAM 2010

            Pada tarikh 3 Julai 2010 bersamaan  20 Rejab 1431H, Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) dan Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban telah menganjurkan Malam Penghayatan Islam yang merupakan program tahunan di SASER bertempat di Dewan Putera dan sekitar Blok Pentadbiran sekolah. Program ini berlangsung pada hari Sabtu, bermula dari pukul 2.00 petang sehinggalah 10.30 malam. Pada tahun ini, tema yang digunakan ialah “Airmata Palestin, Renungan Bersama”. Objektif program ini adalah untuk menghayati keindahan seni Islam sebagai agama yang luhur dan suci,mendedahkan cara kehidupan Islam yang sebenar kepada pelajar,memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat mereka melalui persembahan yang dijalankan, mempraktikkan cara menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat, mengingati dan menghayati setiap perjuangan serta kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara mereka, menghayati erti kemerdekaan dan kebebasan yang telah kita kecapi selama ini.

Ilmu dan Kehidupan

Ilmu dan Kehidupan

Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...



ILMU....
   Sebuah perkataan yang indah, akan tetapi tidak semua orang yang menyedarinya. Majoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk populariti dan mengejar kemewahan dunia, kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi. Akan tetapi hakikatnya adalah salah bagi orang yang mempunyai fikiran sedemikian. Hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan bukan untuk dijual beli. Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja, akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari redha Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh redha Allah, serta akan dihormati oleh manusia.

HAMBA DAN PENCIPTANYA



Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.


Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.

NILAINYA SEKEPING HATI



Pagi itu keputusan STPM diumumkan. Aku mendapat keputusan yang agak cemerlang. Berkat doa ibu bapa, guru-guru dan sahabat. Aku tersenyum. Betapa Allah itu maha adil. Dia menggantikan sesuatu yang baik dengan yang lebih baik.

“ Nur, pergi kedai Pak Mail kejap. Beli beras pulut dan ikan bilis sedikit. Mak nak jamu orang surau esok. Ayah nak buat doa selamat sedikit.”

Laungan ibu dari dapur memecah khayalanku.

Segera ku mendapatkan basikal yang banyak berjasa membantu ayah mendapatkan rezeki untuk keluarga di bawah rumah.

“ Tahniah kak Nur! Mat dengar kak Nur jadi pelajar terbaik kampung kita. Tak sia-sia Mat doa untuk Nur tiap malam. ”

Aku yang sedang membongkok di bawah rumah terhantuk pada alang rumah. Terkejut.

“ Mat rupanya. Lain kali bagi la salam dulu. Terkejut akak. Alhamdulillah Mat. Rezeki akak.”

Mat memang begitu. Tibanya tak terkesan, perginya tak terlihat. Namun hadirnya sangat terasa.

“ Maaf kak. Emm... Mat dengar kak nak pergi kedai Pak Mail kan? Nak ikut! Mat nak beli choki-choki. Tapi..Mat tak bawa duit la ” sengih Mat menampakkan gigi kuningnya.

“ Nak suruh akak belanja la tu. Nasib baik mood akak happy hari ni. Dah, cepat duduk belakang. Isk, seluar tu naik atas la sikit Mat. Nanti londeh, satu kampung gelakkan Mat tau.”

Kataku disambut leretan senyumannya yang ikhlas. Angin menghembus damai ke pipiku. Kayuhanku agak perlahan lantaran membawa ‘muatan’ yang tidak disangka. Perjalananku yang agak jauh tidak jemu tatkala melihat padi yang sedang menguning sambil mendengar celoteh si Mat. Gembira.

“ Kak Nur ni baiklah. Akak je yang nak kawan ngan Mat. Orang kampung kata Mat tiga suku, tak betul, ting-tong. Kenapa akak kawan juga dengan Mat? Ke akak pun macam Mat? Sebab tu kita ngam kan, akak?”

Pertanyaannya membuatku terpinga.

“Emmm..betullah tu...akak pun lebih kurang macam Mat la. Cuma akak ada kelebihan sedikit daripada Mat. Akak pandai bawa basikal,” senyumku.

Hatinya kulihat berbunga. Aku meneruskan perjalanan. Dengan perasaan yang masih sama. Gembira. Aku memberhentikan kayuhan. Semua mata memandangku dengan emosi yang sama. Sinis. Aura kejelekan kuat kurasakan dari sekeliling. Kecuali dari pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang memberi rasa hormat penciptaan terhadap kami berdua. Terbit juga dari haiwan sosial-dalam kalangan mereka rasa itu. Segelintir.

Malam Penghayatan Islam SASER akan TIBA!!

Malam Penghayatan Islam SASER akan berlangsung pada 3 JULAI 2010. Malam Penghayatan Islam merupakan malam kemuncak yang di tunggu-tunggu oleh semua warga SASER. Malam Penghayatan Islam merupakan program tahunan yang diadakan di SASER dan program ini akan menggabungkan tenaga semua ahli BADAR SASER bagi menjayakannya. Tema pada tahun ini adalah :

AIR MATA PALESTIN, RENUNGAN BERSAMA 

Antara objektif program ini dilaksanakan ialah :
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar SASER
  • Menghayati keindahan seni Islam sebagai agama yang luhur dan suci
  • Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat
  • Menghayati setiap perjuangan serta kepayahan yang dihadapi oleh penduduk Palestin dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara mereka
  • Menghayati erti kemerdekaan yang telah kita kecapi
  • Mencungkil bakat pelajar SASER melalui persembahan yang dilakukan

APAKAH BALASAN KITA UNTUK IBU???


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

KISAH BENAR!!!! INSAFILAH...


Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Apa Ertiku Menuntut Ilmu



Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."
"Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
"Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
"Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
"Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
"Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
"Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,

"Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri, 
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah, 
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah, 
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,